Debbie Goh

Goh Seok Sim (lahir 8 November 1978), juga dikenali sebagai Debbie Goh merupakan seorang pelakon filem dan televisyen di Malaysia. Debbie merupakan bekas ratu cantik Miss Malaysia Chinese International 1998 dan artis Hong Kong TVB.Beliau melangkah ke tumpuan umum apabila beliau memenangi anugerah pertama ratu cantik Miss Malaysia Chinese International pada tahun 1999. Ketika berusia 19 tahun, semasa belajar di Singapura, Goh telah ditawarkan dan diminta untuk menjadi model. Beliau kemudian dijemput untuk menyertai syarikat produksi filem Hong Kong, Golden Harvest, untuk kontrak selama lima tahun. Ketika itu beliau menerima tawaran oleh stesen televisyen berbayar Hong Kong, i-CABLE News Channel, untuk menjadi hos TV.[1]Beliau merupakan pemilik bersama restoran Indonesia IR1968 yang terletak di Kuala Lumpur.[2]